Wednesday, 5 October 2011

tarbiyah itu ade kat mana-mana!!

bismillah..dengan asma'Nya yang Agung, ana memulakan menyusun kata..

alhamdulillah, malam ini ana telah diberi kesempatan untuk menghadiri suatu ceramah di kampus, bertajuk "Surat Cinta Dari Ilahi" yang disampaikan oleh al-faadhil Doktor Zulkifli Mohamad al-Bakri. maa syaa Allah..  bagi ana, program tersebut adalah something yang agak memberi kesan kat hati..

 majlis sempena KARSIS '11 itu bermula jam 8.30 malam, dimulai dengan ucapan perasmian oleh NC uni. mungkin terdapat sedikit kesalahfahaman atau kesilapan teknikal, beliau telah menyampaikan ucapan sehingga hampir jam 10.30 malam (ana tidaklah pasti). dan disebabkan itu, siswa-siswi merangkap sidang pendengar kehormat sudah mula tak senang duduk. ye lah.. saat yang ditunggu-tunggu oleh isi dewan adalah mendengar butir bicara daripada mulut seorang ulama'..

tetapi, ana tak nafikan banyak juga input-input menarik yang disampaikan oleh beliau ketika berucap dalam ucapan. walaupun ada beberapa fakta yang diutarakan tidak sama dengan pandangan ana, menyalakan api kemarahan..etc. hmm, at this point, barulah ana tersedar. sepatutnya ana tak boleh bersikap  sedemikian. Rasulullah s.a.w. juga begitu halus akhlaknya, sehinggakan mampu menarik hati-hati yang melihat.

back to my story, seharusnya ana berlapang dada dan terima pendapat beliau seadanya. sewaktu di dalam dewan tadi, tetiba ana teringat sesuatu.. INSAN YANG BERJIWA BESAR MAMPU MEMANISKAN MUKA DI HADAPAN ORANG YANG TIDAK BERSEPENDAPAT DENGANNYA, SUDI MENDENGAR IDEANYA.. alhamdulillah, ana diberi peluang untuk mengaplikasikan apa yang ana tlah baca beberapa tahun yang lalu..so, tadi memang satu latihan menguji kesabaran.. ah!

next, usai ucapan, majlis diteruskan dengan sesi yang ditunggu-tunggu. bersama seorang ulama' kesayangan. hati terasa sayu sekali melihat batang tubuh insan mulia itu.. tetiba ana teringatkan "LAU KAANA BAYNA NAA".. indahnya hidup ini sekiranya Baginda s.a.w. masih di sisi.. keberadaan al-fadhiil ustaz Dr. zulkifli benar-benar menyentuh rasa. bukanlah pertama kali ana berada di kelasnya.. tetapi entah kenapa, malam ini hati kecil ana tersentuh... mengenangkan beliau seorang tokoh ilmuan yang hebat..hmm betapa kerdilnya diri ini.. hinanya hambaMu ini, ya Allah..

beberapa minit sahaja al-faadhil doktor menyampaikan nasihat. terasa tidak cukup tetapi yakin sajalah, hanya itu rezeki ana dan sidang dewan sekalian untuk kali ini. alhamdulillah..

selesai majlis, ana terkilan kerana rata-rata siswa-siswi menyuarakan rasa yang terbuku dalam jiwa. sepatutnya, semua kita mengerti dan sedar, segala yang berlaku pada malam ini adalah rancanganNya. hendak menguji keimanan kita padaNya. Yakinkah kita pada rezeki yang ditetapkanNya?? bersyukurkah kita?? redhakah kita atas ketetapanNya?? sejauh mana kita mampu bersabar?? sedarkah kita bahawa ilmu itu boleh kita peroleh daripada sesiapa saja??

ohh. sebenarnya ada nilai-nilai tarbiyah yang menggunung tinggi di sebalik "surat Cinta Dari Ilahi".. nampak atau tidak, itulah persoalannya. nak tengok atau nak ignore, tu masingmasing punya hal..

ana jugak teringat kata-kata seorang ukhti.. BERBUATLAH SEMUA PERKARA HANYA KERANA ALLAH SEMATA-MATA, PASTI KAMU TIDAK AKAN KECEWA. contohnya, kalau kita menghadiri ceramah untuk dapatkan ilmu semata-mata, sekiranya ilmu yang disampaikan tidak menepati cita rasa, pastinya kita sendiri akan menyesal kerana meluangkan masa ke program itu. hmm begitulah..



p/s : kerja setiap individu muslim itu sangat banyak dan berat tanggungjawabnya. dan akan jadi masalah seperti halnya sekarang apabila individu itu tidak terasa bebanan tersebut untuk sama-sama dipikul.. ohh Allah..
wassalam :)